IKLAN

Pics-Art-01-04-11-19-54

Penulis Ultraman, Spider-Man Jepun, meninggal dunia

Penulis lagenda tokusatsu (Japanese special effects filming) Shozo Uehara, dilaporkan meninggal dunia pada 2 Januari lalu.



Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat komplikasi barah hati.

Uehara terkenal sebagai salah seoranh penulis utama dalam siri Ultraman dengan debutnya dalam francais Ultra Q.



Uehara kemudiannya menjadi penulis dalam siri Super Sentai pertama, Himitsu Sentai Goranger atau dikenali sebagai Five Rangers di barat.



Selepas menamatkan pengajian di Universiti Chuo, beliau membuat penampilan sulung dalam episod 21 Ultraman iaitu Ultra Q sebelum kembali ke tempat kelahirannya di Okinawa sebagai penulis sambilan.

Uehara kemudiannya menjadi penulis utama dalam siri Ultraman Return dan menjadi asas sebagai apa yang disebut Ultraman generasi kedua.

Bermula tahun 1973, Uehara menjadi sebahagian tenaga kerja Toei Productions dan beliau terlibat dalam mencipta francais Super Sentai dengan Himitsu Sentai Goranger.



Di Toei Productions juga, Uehara mengetuai pasukan penulisan dalam siri tokusatsu Spider-Man selain menjadi penulis dalam beberapa episod siri anime lain.



Uehara akan kembali ke Ultraman pada tahun 1996 untuk Ultraman Tiga sebagai penulis sambilan sebagai penghormatan kepada karyanya yang terdahulu.



Pada 2017 beliau mengeluarkan autobiografi, Kijimuna Kids yang mengisahkan tentang kehidupannya sebagai kanak-kanak dalam zaman perang di Okinawa, Jepun

Post a Comment

0 Comments