IKLAN

Pics-Art-01-04-11-19-54

Chul Min 'undur diri' daripada Running Man

Pengarah, Jung Chul Min telah menyatakan hasrat untuk mengundur diri daripada mengendalikan, rancangan variety popular Korea Selatan, Running Man.


Menerusi temu bual dengan sebuah media negara tersebut, Chul Min berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan kesihatan dirinya termasuk keadaan lututnya.

Kata Chul Min lagi, dia juga mahu berehat kerana mengakui tidak mudah untuk membawa idea dan item baharu sdalam rancangan Running Man setiap minggu.

Chul Min telah berkhidmat selama lebih 10 tahun sebagai pengarah produksi rancangan Running Man yang diterbitkan oleh syarikat SBS.

Bagi peminat Running Man, mereka pasti ternanti-nanti adakah rancangan tersebut akan mengalami perubahan dan semakin menarik serta menghiburkan di bawah pengarah produksi yang baharu.

Difahamkan, pembantu Chul Min sebelum ini iaitu, Choi Bol Pil akan mengambil alih tugasnya itu.

Post a Comment

0 Comments